Wednesday, August 9, 2017

MY CUTE LITTLE FAMILY

ASSALAMUALAIKUM :)
P/s: I'm using 'bahasa rojak' in this entry. Enjoy!


So, entry harini about MY FAMILY. Just a not-so-big family but yeahhh they're CUTE and AWESOME!. Well, sebenarnya I kinda awkward masa tulis this entry sebab I RARELY post about my family, their background dan sebagainya lah. Tapi untuk hari ni, untuk kesekian kalinya (cehh) I'm introducing my family to you. YEAYYYHHH! (please be excited just like me aharkz sebab bukan selalu kan ;)

Entry ni sepatutnya jadi entry pertama sebelum I go through dengan entry-entry lain kan but takpe lah kan. HALAL jelah okay! huhu. First of all, i'll introduce MY LITTLE FAMILY consist of me myself, and also ayah, ibu, along, angah, my little sister - uda, and my little brother - man. SO TEKA LAH I ANAK NO BERAPA KALAU MACAMTU? hehe ^^

Ma MAN. Ma HERO
(Dari kiri: Along, Ayah, Angah, Man)

Along; sangat bertanggungjawab! Tahun ni (2017) dia masih lagi bujang. Alhamdulillah :)
Ayah; tetap lagi idola anak-anak, semoga umur ayah diberkati dan selalu sihat. Amiin 
(He is sick today).
Angah; paling pandai, can fix ANYTHING. Just named it haha :D
Man; dulu when I was young (sekarang still young btw), I always wanted adik lelaki sampai tahap bila my younger sister came out, I was like alaaa kenapa perempuan. LOL :P 
But this boy seriously ma fav! Sebab penyabar tahap dewa. KAKAK KALAH DIK OI ! ><

Okay next is my 'GOSSIP GIRLSSS' gittewww hehe.


Ma WONDERWOMEN. Lurves!

Tengah is IBU. Kekal muda dari dulu sampai sekarang maintain jeeee uolss. Tahun ni (2017) alhamdulillah ibu dah masuk next series tapi maintain kuat! IDOLAAAA! (doakan anak-anak dia pun mantain awet muda gittewww. :P As you can see, Im the eldest one dalam ni pastu uda (my younger sister). Eh nampak tak ni? Ke nampak macam I adikk? hukhuk. Ramai orang cakap macamtu bila keluar sebab dia 'nampak matang' LOL I repeat 'nampak matang' kehkehkeh tipu jewwww. Memang matang pun tapi lebih manja dari I. hehehe konfiden! :P *sorry gambar gelap sikit.

SELESAI KENALKAN SETIAP SORANG.

Alhamdulillah syukur dikurniakan ibu ayah dan adik-beradik yang bermacam-macam pe'el. Setiap sorang lain-lain. Favorite makanan depa pon lain-lain tau #susahhakaknakmasaklewls nasib baik semua tak cerewet sangat. Terima apa adanya, sentiasa rasa cukup. Susah sama-sama, senang pun sama-sama. Itu kunci kebahagiaan sebenarnya ;)
TU SAIYANG LEBEYHH TU! Masing-masing alhamdulillah berjaya tempuh alam persekolahan dan abang-abang dah ada kerjaya sendiri. I'll be graduating soon inshaAllah and currently im looking for some jobs. Please doakan yang terbaik! ^^

Ini pulak gambar tambahan lah untuk I tatap bila rindu nanti hee ;) Thankyou! 


Angah baru naik darat huu :)

Pose sikitttt haha!

Raya 2015 :')

Sebahagian sanak saudara; belah ibu <3
Open house rumah acik.

Me and kembar! (selekeh nau #pasrah)


p/s: Gambar-gambar raya tahun 2015 <3












Monday, March 6, 2017

6 Mac 2017 , HATIKU REMUK


Kerana Hidup Ini Tidak Selamanya Indah 


Perempuan itu tertunduk. Lamaa. Menangiskah dia?
Lalu perempuan itu membungkam. Lamaaa. Penatkah dia?

Hati. Perasaan.
Mana mungkin akan hilang rasa dalam paksaan.
Mana mungkin jauh rasa itu dalam bayangan.

Dugaan. Keselesaan.
Belum pernah perempuan itu selesa dalam dugaan.
Belum pernah juga dia bahagia dalam setiap 'keselesaan'.

Hatinya tahu selesa itu hanya ciptaan. Sering hatinya remuk dalam dugaan.
Untuk kesekian kalinya dia seolah hilang pedoman. Sakit! 
Sakit bila dikata selesa dalam setiap ujian. 
Apa pernahkah mereka tahu bahawa perempuan itu menangis dalam setiap sujudnya?
Apakah mereka tahu perempuan itu tidak punya siapa melainkan Tuhannya?

Benarlah, dunia sementara. 😢
Untuk setiap dugaan dan ujian, dia pendam semuanya. 
Masih punya kah manusia yang murni hatinya?
Yang melihat setiap perkara dari sisi baiknya?

'Hidup ini tak lama'..
Ya. Sementara.
Maka, doakan lah agar perempuan itu peroleh daya dan upaya.
Kerana yang namanya manusia itu juga hanya sementara 😔

Terima kasih..
Untuk setiap kenangan kita,
Untuk setiap kepercayaan dlm hubungan kita,
Untuk setiap pengalaman hidup bersama.

Jujur, perempuan itu sakit!
Remuk sudah hatinya.
Hilang sudah kepercayaan dalam dirinya.

Ya, perempuan itu aku :')
Aku yakin dan pasti, kau akan dipertemukan dengan insan yang baik budinya.
Yang lebih baik dari diriku yang hina. Itu janji Tuhan pada hambaNya. Itu PASTI.

Doakan aku bisa tersenyum semula :)
Dan 'selesa' dalam setiap ujian Tuhan, 
Seperti kau katakan 😌


TERIMA KASIH..
Kenangan. 🖤

Friday, February 24, 2017

ITS ALL ABOUT YOUR HEART ❤️

Apa sebenarnya yang kau mahukan?

Ya. Hati..

Aku selalu tertanya apa sebenarnya yang hati ini mahukan? Kadang rasa sunyi rasa perlukan seseorang. Terkadang rasa seperti semua serba serbi lengkap, mahu apa lagi?. Kadang rasa seperti ada sesuatu yang kosong dalam hati ini, apa ye?

Ramai yang tidak faham dengan isi hati sendiri, begitu juga aku. Aku yang terkadang seperti merasakan sangat gembira. Aku lah orang paling bahagia! Tapi sekelip mata rasa itu berubah, aku jadi KOSONG! Serasa hidup ini masih belum capai apa-apa.

Jujur, seperti rata-rata manusia yang sentiasa inginkan hati yang 'penuh' dan 'basah', aku juga seperti mereka. Malah aku sedaya upaya cuba untuk mencari dan mencari dan mencari lagi. Sehingga suatu hari terdetik hati ini untuk mengenali seseorang. Perwatakan yang hampir memenuhi ciri-ciri yang aku idamkan. Pastinya yang boleh bimbing aku (inshaAllah) sama-sama ke 'sana'.

Hati..

Sekali lagi aku tertanya, apa sebenarnya yang kau mahukan?
Berbicara dengannya di alam maya seolah hati ini 'penuh' dan 'basah' dengan setiap bait kata-kata dan tinta tulisannya. Hati ini sedang mencarj hakiki atau aku sebenarnya yang angau? Entah.
Kerana yang namanya manusia, mereka sentiasa mahukan yang terbaik dalam setiap perkara. Ya. Aku manusia itu. Tapi apakan daya..yang di 'atas' sana Maha Mengetahui segalanya. Setiap kali ku lihat tinta itu berbicara seolah-olah ianya untuk ku. Aku yakin sendiri. Ya untuk aku. Walau terkadang hatiku sedang memujuk sebenarnya. Aku tahu. Ya aku tahu hatiku sedang memujuk.

Hati, berhenti berbolak balik!

Selalu aku marah hati ini, BERHENTI menaruh harapan BERHENTI untuk berbolak balik. Namun aku gagal. Aku lupa yang namanya hati itu sentiasa berbolak balik. Itu sifat hati! Mana mungkin terpisah darinya. Aku tertanya sendiri, jadi kenapa kau muncul dalam fikiran dan hati aku?? Kenapa selalu jiwa ini mahukan tinta dari kau lagi?? Kenapa selalu diri ini mencari lebih dan lebih lagi menerusi dia?, selesai monolog!

Aku lupa.

Tuhan sentiasa ada. Tak pernah sia-siakan doa kita. Untuk apa hanya sekadar tunggu jika sebenarnya kita mampu berbicara tentang dia. Aku lupa. Allah ada untuk dengar segala luahan dan isi hati manusia. Aku juga lupa. Allah punya kuasa untuk merubah segalanya, menetap dan membolak balikkan hati manusia; kerana hati bukan milik kita sepenuhnya, milik Allah yang Maha Berkuasa :')

"Wahai Allah, tetapkanlah hati-hati kami dalam agamamu dan tetap taat kepadaMu"

Ps:  Semoga jodoh mu adalah  yang terbaik buat dirimu, Allah Maha Mengetahui. Aku akan terus mendoakan kamu dan pilihan hatimu :)


Xoxo, NishaStilla
Nota untuk pejuang cinta Ilahi.

Sabtu, 25 Februari 2017 - 2.35am

Sunday, March 6, 2016

KOREA KAT MANA SEBENARNYA?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. :)

Ekhemm. Post pertama ni orang kata kena pandai tarik hati pembaca. Tapi akak mintak maaf awal2 kalau blog ni sedikit hambar. -.-' kehkeh. Tak reti nak tulis untuk tatapan umum sebenarnya. Selama ni akak tulis kat buku diari je dari zaman sekolah. Kalau tulis merapu gelak 'haha' banyak kali pun orang tak menyampah sebab tak tahu. hihi :P So kali ni akak cuba lah eh. Support please! hahahahaha :3

Ok, ni kalau bagi siapa yang tak tahu KOREA KAT MANA SEBENARNYA?. :) 
Sedikit pengenalan kepada korang tentang Korea (tempat jatuh bangun akak sebagai EXCHANGE STUDENT). Kebanyakan info dalam blog ni, akak ambil menurut pembacaan akak dari buku "I'm Backpacker:Korea" karangan Halian Azurin dan selebihnya dari pengalaman akak sendiri di negara yang sangat terkenal dengan 'Oppa' K-Pop nya. hehe. :D

Kalau tengok peta dunia, Korea terbahagi kepada dua, iaitu Korea Utara dan Korea Selatan. Dan lokasinya? hm tentulah Korea Utara terletak di bahagian utara (atas) dan Korea Selatan di bahagian selatan (bawah).

Korea Utara dan Korea Selatan, kedua-duanya terletak di Asia Timur bersempadan laut dengan Jepun dan China. Walaupun ada dua 'jenis' Korea di peta dunia, tetapi blog ini sudah semestinya hanya fokus kepada Korea Selatan sahaja dimana tempat penulis belajar. :) Jadi setiap perkataan 'Korea' dalam blog ini adalah merujuk kepada Korea Selatan 100%. hehe :D



SO, APA BEZA KOREA UTARA DENGAN KOREA SELATAN?
In short eh huhu. Korea Utara : Ganas, Nuklear, Diktator, Komunis.
Kalau Korea Selatan pulak : K-Pop, Jambu, Drama-drama yang best, Demokrasi. Ingat je semua kata kunci tuu. Mesti senang faham buat masa ni. Nanti akak akan terangkan lagi dalam post lain. Ehekk:P 

Di Korea, negeri-negeri dipanggil sebagai 'provinsi' (english:province) atau dalam bahasa Korea adalah "do". Sebab tu, setiap nama 'provinsi' di Korea berakhir dengan tulisan "do"  Teringat pulak roomate dok cakap province-province... haha kat Malaysia mana pernah guna province kan (atau akak je yang tak guna kot). --' 

Nantikan post-post seterusnya yang lebih menarik dengan pelbagai jenis pengalaman, kisah suka duka kelakar stress akak sepanjang bergelar 'EXCHANGE STUDENT' di Korea. Akak akan bawak korang travel jauhhhhhh ke KOREA SELATAN. 

"Terima kasih bagi yang ikut blog ni dari first post sampai habis. Moga sedikit sebanyak bagi manfaat untuk korang". Annyeong cinggu*! 

Ps: *(cinggu:kawan baik)