Sunday, March 6, 2016

KOREA KAT MANA SEBENARNYA?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. :)

Ekhemm. Post pertama ni orang kata kena pandai tarik hati pembaca. Tapi akak mintak maaf awal2 kalau blog ni sedikit hambar. -.-' kehkeh. Tak reti nak tulis untuk tatapan umum sebenarnya. Selama ni akak tulis kat buku diari je dari zaman sekolah. Kalau tulis merapu gelak 'haha' banyak kali pun orang tak menyampah sebab tak tahu. hihi :P So kali ni akak cuba lah eh. Support please! hahahahaha :3

Ok, ni kalau bagi siapa yang tak tahu KOREA KAT MANA SEBENARNYA?. :) 
Sedikit pengenalan kepada korang tentang Korea (tempat jatuh bangun akak sebagai EXCHANGE STUDENT). Kebanyakan info dalam blog ni, akak ambil menurut pembacaan akak dari buku "I'm Backpacker:Korea" karangan Halian Azurin dan selebihnya dari pengalaman akak sendiri di negara yang sangat terkenal dengan 'Oppa' K-Pop nya. hehe. :D

Kalau tengok peta dunia, Korea terbahagi kepada dua, iaitu Korea Utara dan Korea Selatan. Dan lokasinya? hm tentulah Korea Utara terletak di bahagian utara (atas) dan Korea Selatan di bahagian selatan (bawah).

Korea Utara dan Korea Selatan, kedua-duanya terletak di Asia Timur bersempadan laut dengan Jepun dan China. Walaupun ada dua 'jenis' Korea di peta dunia, tetapi blog ini sudah semestinya hanya fokus kepada Korea Selatan sahaja dimana tempat penulis belajar. :) Jadi setiap perkataan 'Korea' dalam blog ini adalah merujuk kepada Korea Selatan 100%. hehe :D



SO, APA BEZA KOREA UTARA DENGAN KOREA SELATAN?
In short eh huhu. Korea Utara : Ganas, Nuklear, Diktator, Komunis.
Kalau Korea Selatan pulak : K-Pop, Jambu, Drama-drama yang best, Demokrasi. Ingat je semua kata kunci tuu. Mesti senang faham buat masa ni. Nanti akak akan terangkan lagi dalam post lain. Ehekk:P 

Di Korea, negeri-negeri dipanggil sebagai 'provinsi' (english:province) atau dalam bahasa Korea adalah "do". Sebab tu, setiap nama 'provinsi' di Korea berakhir dengan tulisan "do"  Teringat pulak roomate dok cakap province-province... haha kat Malaysia mana pernah guna province kan (atau akak je yang tak guna kot). --' 

Nantikan post-post seterusnya yang lebih menarik dengan pelbagai jenis pengalaman, kisah suka duka kelakar stress akak sepanjang bergelar 'EXCHANGE STUDENT' di Korea. Akak akan bawak korang travel jauhhhhhh ke KOREA SELATAN. 

"Terima kasih bagi yang ikut blog ni dari first post sampai habis. Moga sedikit sebanyak bagi manfaat untuk korang". Annyeong cinggu*! 

Ps: *(cinggu:kawan baik)

No comments:

Post a Comment