Friday, February 24, 2017

ITS ALL ABOUT YOUR HEART ❤️

Apa sebenarnya yang kau mahukan?

Ya. Hati..

Aku selalu tertanya apa sebenarnya yang hati ini mahukan? Kadang rasa sunyi rasa perlukan seseorang. Terkadang rasa seperti semua serba serbi lengkap, mahu apa lagi?. Kadang rasa seperti ada sesuatu yang kosong dalam hati ini, apa ye?

Ramai yang tidak faham dengan isi hati sendiri, begitu juga aku. Aku yang terkadang seperti merasakan sangat gembira. Aku lah orang paling bahagia! Tapi sekelip mata rasa itu berubah, aku jadi KOSONG! Serasa hidup ini masih belum capai apa-apa.

Jujur, seperti rata-rata manusia yang sentiasa inginkan hati yang 'penuh' dan 'basah', aku juga seperti mereka. Malah aku sedaya upaya cuba untuk mencari dan mencari dan mencari lagi. Sehingga suatu hari terdetik hati ini untuk mengenali seseorang. Perwatakan yang hampir memenuhi ciri-ciri yang aku idamkan. Pastinya yang boleh bimbing aku (inshaAllah) sama-sama ke 'sana'.

Hati..

Sekali lagi aku tertanya, apa sebenarnya yang kau mahukan?
Berbicara dengannya di alam maya seolah hati ini 'penuh' dan 'basah' dengan setiap bait kata-kata dan tinta tulisannya. Hati ini sedang mencarj hakiki atau aku sebenarnya yang angau? Entah.
Kerana yang namanya manusia, mereka sentiasa mahukan yang terbaik dalam setiap perkara. Ya. Aku manusia itu. Tapi apakan daya..yang di 'atas' sana Maha Mengetahui segalanya. Setiap kali ku lihat tinta itu berbicara seolah-olah ianya untuk ku. Aku yakin sendiri. Ya untuk aku. Walau terkadang hatiku sedang memujuk sebenarnya. Aku tahu. Ya aku tahu hatiku sedang memujuk.

Hati, berhenti berbolak balik!

Selalu aku marah hati ini, BERHENTI menaruh harapan BERHENTI untuk berbolak balik. Namun aku gagal. Aku lupa yang namanya hati itu sentiasa berbolak balik. Itu sifat hati! Mana mungkin terpisah darinya. Aku tertanya sendiri, jadi kenapa kau muncul dalam fikiran dan hati aku?? Kenapa selalu jiwa ini mahukan tinta dari kau lagi?? Kenapa selalu diri ini mencari lebih dan lebih lagi menerusi dia?, selesai monolog!

Aku lupa.

Tuhan sentiasa ada. Tak pernah sia-siakan doa kita. Untuk apa hanya sekadar tunggu jika sebenarnya kita mampu berbicara tentang dia. Aku lupa. Allah ada untuk dengar segala luahan dan isi hati manusia. Aku juga lupa. Allah punya kuasa untuk merubah segalanya, menetap dan membolak balikkan hati manusia; kerana hati bukan milik kita sepenuhnya, milik Allah yang Maha Berkuasa :')

"Wahai Allah, tetapkanlah hati-hati kami dalam agamamu dan tetap taat kepadaMu"

Ps:  Semoga jodoh mu adalah  yang terbaik buat dirimu, Allah Maha Mengetahui. Aku akan terus mendoakan kamu dan pilihan hatimu :)


Xoxo, NishaStilla
Nota untuk pejuang cinta Ilahi.

Sabtu, 25 Februari 2017 - 2.35am